Shahmi mama...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Utusan Malaysia : 15 Mac 2009

Budayakan minat membaca
Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL

utusanperlis@utusan.com.my




KANGAR15 Mac - Usaha membudayakan dan menarik minat membaca di kalangan kanak-kanak perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi.
Ini untuk memboleh mereka menjadikan ilmu sebagai sebahagian budaya hidup.
Pepatah Melayu yang menyebut melentur buluh biar dari rebungnya perlu dipraktikkan bagi memastikan kanak-kanak membiasakan diri dengan tabiat membaca.
Oleh itu, kanak-kanak perlu didekatkan dengan perpustakaan yang menjadi gedung ilmu dalam memperoleh bahan bacaan sebanyak mungkin.
Menyedari pentingnya usaha membawa kanak-kanak itu mendekatkan diri dengan perpustakaan, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) melalui pengerusinya, Dr. Soraya Azmi mengilhamkan Program Suluh Bacaan.
Program ini diadakan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis (PPANPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai penggerak program ini.
Dr. Soraya berkata, Program Suluh Bacaan itu bertujuan memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan ke bawah terutama membabitkan kanak-kanak luar bandar.
Katanya, ia juga sebagai usaha memupuk sifat meneroka dan mengembangkan tahap kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti membaca melalui kaedah-kaedah yang menarik iaitu mengikut psikologi kanak-kanak dan juga untuk melahirkan generasi muda yang cintakan ilmu dan mempunyai jati diri.
”Melalui program ini ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka secara percuma di perpustakaan desa yang ditetapkan untuk mengikuti program ini yang dijalankan secara percuma.
”Program ini dikembangkan oleh sukarelawan UniMAP, PPANPs, Puteri UMNO Padang Besar dan sukarelawan Pertiwi sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pelancaran program itu oleh Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid yang mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri. Dr. Md. Isa Sabu di Perpustakaan Cawangan Padang Besar, baru-baru ini.
Menurut Dr. Soraya, projek perintis itu membabitkan lima kawasan dalam Parlimen Padang Besar iaitu Perpustakaan Desa Kampung Bongkok, Perpustakaan Desa Lubuk Sireh, Perpustakaan Desa Batu Bertangkup, Perpustakaan Desa Kampung Oran dan Perpustakaan Cawangan Padang Besar.
”Program ini juga bertujuan mempromosikan perpustakaan desa sebagai gedung ilmu yang mesra kanak-kanak dan masyarakat.
”Secara langsung program ini juga menyediakan pengisian dan aktiviti yang berfaedah kepada kanak-kanak yang bakal melalui alam persekolahan,” ujarnya.
Dr. Soraya berkata, sehingga kini terdapat lebih 80 orang sukarelawan yang terdiri dari pelajar dan kakitangan perpustakaan UniMAP, kakitangan PPANPs, ahli Pertiwi dan ahli Puteri UMNO Padang Besar.
”Kita berharap pada masa depan program ini dapat diperbesarkan ke kawasan Parlimen lain di Perlis bagi membolehkan kanak-kanak diberikan pendedahan untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan dan bahan bacaan.
”Pihak Pertiwi mendapat sokongan yang menggalakkan daripada UniMAP dan PPANPs dalam melaksanakan program ini,” jelasnya.
Katanya, dalam program ini pengisian secara kreatif diambil bagi memupuk minat kanak-kanak mengikut psikologi mereka.
”Aktiviti seperti bercerita yang dilakukan oleh sukarelawan sangat berkesan kerana cerita-cerita disampaikan dalam bentuk yang mudah, berjenaka, lembut dan diselitkan dengan komunikasi dua hala.
”Pada akhir cerita, teladan mengenai cerita itu akan diselitkan dan kadang-kala dengan kaedah khas kanak-kanak itu diminta untuk bercerita.
Kaedah ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri kanak-kanak tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, selain bercerita kanak-kanak ini juga melibatkan cara yang tidak membosankan iaitu mengadakan kerusi muzik, origami (seni lipatan kertas), boneka, mengenal jawi, kolaj bijirin, menjemput selebriti (pelawak).
”Jika dilihat dari sudut yang lain juga program ini dapat menggalakkan semangat sukarela dalam kalangan masyarakat terutama mendidik kanak-kanak di peringkat awal sebelum persekolahan.
”Penglibatan pelajar UniMAP contohnya adalah sesuatu yang amat baik kerana mereka dapat menonjolkan kebolehan diri berkomunikasi dengan kanak-kanak dan mempraktikkan apa yang dipelajari,” ujarnya.

hari2 akhir di sni,sblum mama bcuti.. hehehehe

::moga anak mama jdi sukarelawan cm mama nti::


SALAM Semua…


lama btui x coretkan apa yang terjadi.. rindu nk coretkan waktu2 yang berlalu.. hehehehe… ok, k.long yang comot shat sangat2.. tambahan pula k.long x sabaq2 nak bercuti panjang.. 2 bulan tu.. bestnyer… hehehehe…



bln lepas k.long terlibat dengan program suluh bacaan anjuran bersama pertiwi,ppanps dan unimap. ini merupakan program sukarelawan. progm ni melibatkan adik2 berumur bawah 7 tahun. perasmian telah diadakan pada 12. 02 yang lalu.. penat ngt..arap2 bb ni nti jdi sukarelawan cm mama dia gak.. hehehe.. tpi not bad laa.. 5 lokasi telah dipilih untuk menjadi projek printis progm ini. harap2 kekal laa untuk 2 thun.. jgn separuh jalan sudah..
Pelancaran progm ini telah diaadakan di perpustakaan cawangan padang besar dan dirasmikan oleh MB Perlis.. majlis pelancaran telah diadakan pada 23 Feb 2009.. abis citer pasal perasmian.



Besoknya 24 hb hingga 02. mac, Ppanps mengadakan pesta buku selama seminggu.. biasala.. k.long yg cmot ni suka sngt menyibuk,walupun tugas x diberikan kepada org2 OKU cm k.long ni.. tpi k.long ni pulun2 jugak nk tolong handle xtvt.. kuangx3.. best layan bdk2.. mcm2 xtvt da sempena perasmian kelab sinar pintar..



:: mybuk jer mak labu ni jdi urusetia ::


oklah, berbalik pada topik asal, 5 minggu lagi atau x sampai 3 minggu,( bergantung kepada keadaan) k.long InsyaAllah akan jadi seorg mama.. harap2 semua selamat.. x sabar nk tunggu cahaya mata ni.. yang menjadi peneman mama.. hehehehe..Alhamdullilah,anak mama(bb) ni x pernh beri masalah.. kesihatan k.long pun ok. moga sampai melahirkan bb ni,ttap x dak masalah…



dan..... mulai bln depan jugak k.long dh dipindahkan bahagian..

pindah ke bahagian koleksi Perlis. selamat tingai bahagian rujukan.. berada di sini sejak 2006. 2009 terpaksa tukar bahagian benda ni biasalah,untuk kebaikan semua staff tahu byk benda kan.. belajar benda bru.


sebelum terlupa, selmat pengantin baru pada kwan2 yg akan melangsungkan perkwinan pda 14hb ni.. klu sht, k.long akan sampai. yg kwin kt kedah jer.. uhhuhu..


selamat bergembira kepada kawan2 yang akan ke johor.. jeles sbb x leh pi sma.. tpi x pa la.. moga kwan2 gembira dpt berjumpa kan.. bkn senang nk jumpa kawan2 lama..RINDU kalian semua..

macam wana,ija,intan,su yg kt tganu,lina dan cikdah yg kt phang,cikyah,k.chaq yang kt penang.. lela di perak rmai lagi laa..



satu mlaysia kwan2 kita dibawah PD PNM.

best dh la aritu x leh pi tganu… uhuhuhuh…


selamat bergembira kwn2…



ok kna stop dlu kut…. akan datang,

k.long akan coretkan cerita selepas bergelar seorang MAMA.. hehehee..




doakan k.long k.. moga selamat melahirkan bb ni..
k.long mengundur dri..



salam sayang untuk semua.. love u all..




::anak mama dh 8 bln lebih dh ni::

::comei x mama ::



::hiasi diri senyuman dihati::