Shahmi mama...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

salam...


selamat menyambut tahun baru 3,4 hari lagi...
arini mama kt pahang.. bercuti seminggu.. dh lama sngt mama x update citer tentang anak teruna mama.. ahmad shahmi tu.. da masuk dua tahun dh..
oleh sebab mama terlupa paswd hehehehe.. apala mama ni..

oklah.. mama sajer nk test bakat menulis jer.. nti mama citer lain k.. apa pun.. selamat menyambut tahun baru 2011..

harapan mama.. anak teruna mama akan bertambah bijak nanti..
terus menjadi anak yang baik k...
mama sayang anak mama...


-------hiasi peribadi senyuman dihati...------------

Izinkan Abang nikah satu lagi..




“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?


Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.


Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”


Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”



Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.




  1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…


  2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…


  3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…


  4. Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
    Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…



Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,



Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.




Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!




~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~




Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari mawar putih di Forum Tentang Cinta.

::Cebisan cerita Shahmi untuk mak usu yg jauh disana....



mak su jgn jeles yer.. tgok tu apa yg shahmi mkn... hehehehe...



ptg smlm shahmi diberi peluang untuk merasai keenakkan rasa buah durian fav mak su tu.. emm.. nyam nyam nyam...

shahmi tanpa menoleh kiri kanan.. mkn dengan bestnyer..

untuk tempoh percubaan pertama.. seulas dh cukup la yer ahmad shahmi..

abis mkn tu.. nmpknya pas ni shahmi leh la merasa gulai masam wan yer...

mama undur diri...

Shahmi di Teluk Batik...



mama ambik cuti seminggu tuk bgi peluang kt wan shahmi nk spend masa ngan shahmi..
shahmi n mama n abah kita ber3 btolak blik perak pda 17 april. kita plan nk singgah taiping...mkn mee udang... wah.. macam best.... nyam nyam nyam....
awai lgi,kita pn pi zoo taiping dlu bwa shahmi.. tpi bila giliran nk beli tiket jer.. hujan trun dengan lebatnya..
setelah berfikir panjng, mama n abah x jadilah beli tiket.. akak juai tiket tu ckp,naik ketapi pun,kalu hujan basah gak.. so,terpaksa la kita batalkan jer...
nk jumpa anti lela.. dia keja sabtu ni.. emmm.. balik umh abah jer la..wan shahmi sampai mlm ni..

besoknya.. kita sekeluarga, 2 biji keta bertolak ke teluk batik...
shahmi besa la.. syok la leh jalan2....
mcm2 rgam shahmi.. tpi mama x snap pun.. shahmi dpt bju byk lai.. semua bli kt shahmi.. best nyer anak mama... dpt byk bju...
heehehehe....

k, laa..
skrang shahmi kt umh wan,pahang...
sabtu kita btolak blik kedah...
isnin ni mama stat keja...
huhuhuhuh...
malas laaaaa nk keja....
bila la mama dpt dok umh full time...
abah ckp 2,3 thun lgi..
kita sama2 tunggu...

k,
mama undur diri...


Hepi Besday Sayang..


Hepi Besday Sayang...
30.03.2010

semoga anak mama akan diBerkati & diRahmati ALLAH..
mama & abah sayang anak mama
muaaahh....

............................................................................................

shahmi blik kg...

::my little prince::

arini ari kedua ahmad shahmi kt kampung felda tersang 01,pahang..
mama blik kg ari jumaat.. ambik cuti awai shari sbb nk lari dari kesesakan jalanraya..
walaupun perjalanan seperti biasa.. kul9.00+ kali ni mama singgah sebentar kt sungai petani..
singgah umh anti lela.. anti lela nk kawin 14.02.2010.. mama x dapt hadir sbb nk blik kg..
so, mama ngan abah singgah la sat.. jumpa bkal pengantin..minta maaf yer anti lela...

to: siti noorlela
moga mahligai yg dibina akan berkekalan hingga hujung nyawa...

kita sampai ke phang dlm pukul 9.00 malam...
letih sangt ank mama waktu tu.. tpi.. x meragam langsung.. masih leh wat muka relax jer.. mama letih rsa.. selalunya smpai dlm kul5+ x la letih sngt..
oklah.. kami skeluarga pun dh selamat sampai..
Alhamdullilah...

jumpa lgi...


mama undur diri

sukenye dia...

tgoklah gumbiranya dia dpt dok tinggi2.. ank abah layan jer...
best la tu..
cmtu laaa dua beranak bila berjumpa... tersengih2... asyik sbut abah.. abah... abah...
skarang ni bgun jer pgi.. celik jer mata.. riuh la rumah ni dngr suara ahmad shahmi menjerit... gelak.. mcm2 la.. nk blajar ckp.. hobi suka berckp..layan jer laa...

apa pun layan....

Kuda Qaisara la...

Amboi syoknya posing atas kuda org...

31/01/2010 merupakan besday qaisara yg pertama...
dh sethun qaisara... SELAMAT HARI LAHIR... shahmi bln 3 nanti...
besday parti qaisara pun dh slamat diadakan... mama x smpat tgok qaisara ptong kek.. sbb mama blik keja ptg.. majlis dh settle.. uhhuhuhuh.. sian mama....

dlm byk2 hadiah yg qaisara dpt.. satu yg menarik perhatian ank mama ni..iaitu

KUDA MERAH QAISARA...

ahmad shahmi dngn bestnya.. perasan cm dia punya huhuhuh
naik laaa kuda qaisara... tersengih2.. x nak trun.. qaisara dh tunggu turn nak naik..
apa laa bang chik ni... emm... cmtu laa kalu sepupu umh sebelah menyebelah..
nmpk gayanya.. mama kena bli kt shahmi stu laa... kalu x.. riuh rumah ni nti dng gelagat dua sepupu ni..
meriah btui suasana ptg kt sni sjak kehadiran ank2 kecil ni..
ptg2 x la sunyi lgi...


s: naper berat smcm jer ni...

q: nk tumpang posing.. shahmi bkn tau qaisara kt blakang...


oklah.. mama undur diri dlu..
bye...


ringkasan cite..

Salam..
emmm.. lamanyer mama x citer apa yg blakukan..
mama akan ringkaskan jdi satu citer jer ek..
minggu lepas mama bwa ank maa shahmi pi jln2 kt penang.. cm biasa ank maa ni kalu bjalan no halnyer... sampai x mau minum susu.. rest jab kt umh maktam kt seberang jaya.. bg mandi,makan ahmad shahmi ni. Semangkuk bubur nasi habis dimakannya.. lapar btui la ank mama ni..
malam mama pi mkn char kuey teow penang.. sbar ek.. nti besar mama bg jer shahmi nk apa pun..
  • perkembangan ank mama..
    - shahmi dh mula meniti pelan2.. tu pun tkut2 lgi..
    - hobi main bola.. mama la tukang pegang shahmi bg sepak bola setiap petang.. dia gelak mengekek ekek suka … penat mama terbongkok2.. tpi x pa.. anak sorang... hehehehe
    - shahmi leh ikut apa yg org ckp.. yg pendek2.. contoh lapar.. penat.. mama.. abah... byebye.. tata.. byk lgi perkataan simple yg shahmi leh sbut.. kdang2 tak terduga oleh mama..
    ( ank mama leh cakap dlu dri bjalan kut)
    - gigi dh 4 batang.. asyik mengigit semua org.. bila org jerit sakit.. dia suka ketawa...
    - mkn biskut tu fav pgi2.. bfast ngan tok n wan.. kopi jer x minum lgi.. org kedah katakan hehehehee..


k,tu jer kut.. nti mama citer lgi.. mama x sbar tunggu shahmi setahun... mama dh tempat kek kt shahmi tau.. awai nyer.. mama ni pulun kan.. teruja sangat ank mama dh besar...

mama undur diri..


Wan Shahmi


salam...
lama x upload.. ada picture shahmi ngan wan dia masa nk blik rya aritu..
hehehe..
wan mesti rindu kt shahmi kan...
k,la.. mama undur diri
bye...



Citer..citer..citer..



Alhamdullillah..
Ahmad Shahmi dh sembuh seperti sedia kala..
minggu dpan mama ingt nk bwa pi check doktor.. doktor tu pesan..masa shahmi shat,bwa jumpa skali lgi..nk check..aritu dia x sure skit apa.. suspek shahmi ada penat..
tpi skarang ank mama dh sht.. suka..gelak.. riang ria.. mudah-mudahan ank mama sntiasa sht... ceria..

kt atas ni picture gmbr xtvt yg kami wat dlu..progm cuci2 pd..
hehehe..

k,mama undur diri..



Pindah Lokasi..

ai.. salam semua.. emm..
skarang mama dh kt tempat bru.. tmpt bru mama x der internet.. pc ada tpi meja x dak..
so,pc masih di state library.. mama pun x pasti bila meja akan smpai..klu smapi meja dpt la mama bwa pc tu kt PD ni..
bru ni ada gotong royong bsihkan PD ni..nti mama upload picture. x smpat laa..
mama sbuk tuk proses buku sblum PD ni secara rasminya akan dibuka kepada orang ramai..
k.. finish..
----------------------------------------------
Ahmad Shahmi batuk..
dh tiga hari btuk.. sian mama tgok..malam2 tido x selena dlu.. asyik2 bgun jer.. sian anak mama... manja bkn main lagi.. mama nk pi keja pun meraung2.. selalu lambai jer kt mama.. sian ank mama.. mkn ubat susah la sngt..
ptg ni abah balik ank mama manja ngan abah lak ek..
k..
mama undur diri...
hiasi diri senyuman dihati...

Jom Baca Sat..


KESIHATAN
ARKIB : 03/01/2010
Perit setiap kali haid - Shuhaily
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH
ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my





SHUHAILY menunjukkan surat rawatan daripada pakar berkenaan masalah kesihatannya termasuk fibroid. Selepas 16 tahun menderita sakit puan, kini dia bersyukur kesihatannya semakin pulih.

ANDA tentu tak percaya yang saya telah lari dari hospital," kata wanita ini menceritakan pengalamannya menjalani pembedahan fibroid sembilan tahun lalu.

"Saya telah berpindah ke Pusat Perubatan Pantai dan hanya fibroid sahaja dibuang. Pembedahan mengambil masa empat jam dan kos pembedahan hampir RM 4000. Saya gunakan semua wang simpanan yang saya kumpul selama bertahun-tahun. Hancur luluh harapan saya untuk sambung belajar. Malah, saya mendapat dugaan lebih besar apabila tunang kesayangan mula berubah dan memutuskan pertunangan selepas dua minggu pembedahan," Shuhaily Mohd Basir, 32 tahun.

Selepas apa yang berlaku, Shuhaily tidak berhenti menangis. Akibatnya, dia mengalami bentan dan pendarahan selama sebulan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Mengimbas kenangan Oktober 2000, dia mengalami sakit perut yang teramat sangat hampir dua minggu sehingga doktor pakar sendiri tidak dapat mengesan diagnosis sebenar penyakitnya.

"Ubat tahan sakit di tambah dos tiga kali ganda. Namun, masih tak juga berubah dan langsung tak berkurangan. Akhirnya, doktor mendapati masalah fibroid dalam rahim saya. Saya diarah menjalani pembedahan buang keseluruhan rahim serta-merta. Mak saya tak berhenti menangis bila mendapat tahu hal tersebut. Saya sangat sedih sehingga tak mampu lagi mengeluarkan air mata," katanya.

Shuhaily mengalami pelbagai masalah sakit puan sejak berumur 16 tahun.
Dia dan keluarga tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.
Namun, tetap tiada perubahan.

"Doktor hanya memberi jawapan masalah hormon. Kata doktor, masalah haid seperti senggugut adalah perkara biasa bagi semua wanita. Hari demi hari, masalah yang saya hadapi semakin buruk. Ketika itu, saya sering tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit senggugut semasa haid dan beberapa kali tumpah darah (bleeding). Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang telah menjadi rumah kedua saya. Akhirnya, saya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ujarnya sedih.
Kemudian, Shuhaily menyambung pelajaran ke tingkatan enam dengan harapan untuk menebus kesilapan. .Namun, pelajarannya terganggu kerana sering keluar masuk hospital.

"Senggugut semakin teruk sehingga saya tidak boleh bangun dan sering pitam. Akhirnya pada tahun 1996, saya tabah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Hospital Banting. Keputusan STPM sungguh mengecewakan saya.

Kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di NEC. Niat di hati mahu ambil STPM sekali lagi tetapi duit gaji habis begitu sahaja dengan rawatan dan ubat saya makan 14 jenis ubat setiap hari," jelasnya.


Kemudian, Shuhaily mengambil keputusan bertukar kerja sebagai krew restoran. Namun, masalah sakit puannya berterusan selepas pembedahan.
"Saya alami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Kemudian, saya diperkenalkan tuala wanita herba FC Bio Sanitary Pad Avail Beauty semasa saya menghantar pizza ke rumah pelanggan di Kampung Jawa, Klang. Alhamdulillah sejak itu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan," katanya.
Selepas itu, Shuhaily dinasihat tidak menggunakan pad di pasaran yang dikatakan mengandungi racun dioksin yang menjadi punca masalah yang saya hadapi.
"Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM33," jelasnya.

Kemudian, Shuhaily menggunakan semula tuala wanita di pasaran tanpa saya memikirkan akibatnya kerana kesempitan wang.
"Ketika itulah masalah saya kembali. Haid tidak teratur, empat bulan tak datang haid dan keputihan semakin banyak. Rupa-rupanya fibroid dalam rahim tersebut aktif semula Saya dinasihatkan untuk pembedahan buang rahim sekali lagi. Saya tidak mahu dan menggunakan semula FC BIO selama seminggu. Fibroid tersebut telah mengecut dan tiada lagi. Kini, saya terus menggunakannya. Kesihatan saya pulih sepenuhnya," ujarnya.
--------------------------------------------------------------------------------
sumber: utusan malaysia