Shahmi mama...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

PaHaNg+PeRaK+KeDaH+PerLiS



cuti...cuti..cuti...
Jalan2 cari makan...
emmm.. kali terakhir mama cuti bln 3..hehehe.. cam lama x cuti..


tilik kalender bln 5 ehem ehem.. byknya cuti.. hari pekerja jatuh hari ahad trun ke isnin.. emm.. plan nk cuti,tpi byk keja laa.. mama pun x jdi cuti sambung.. sabar yer abah..

tilik sekali lgi.. yahooo.. dh jumpa..

WESAK DAY & HARI KEPUTERAAN TUANKU RAJA PERLIS.
(Selasa & Rabu)

jadi mama terus ambik borang cuti...apa lagi isi la ::isnin,khamis n jumaat:: dapat la seminggu..

kita boleh balik kampung...

ari sabtu pgi kami sekeluarga.. ( mama abah shahmi) berangkat laaa ke negeri PAHANG..
seharian dalam kereta akhirnya sampai laaa di kampung ...

sabtu -selasa


hari selasa petang kami sekeluarga sekali lagi berangkat ke negeri PERAK pula..

abah kerja ari rabu.. so,shahmi apa lagi.. berholiday la kita kt umh abah pula ya...

rabu-jumaat

pagi sabtu(esok) kami sekeluarga dijangka akan pulang ke KEDAH..

negeri kelahiran mama n shahmi laa...


mama n shahmi akan kembali ke negeri PERLIS untuk meneruskan agenda kami masing2..

mama dengan kerja mama..shahmi dengan taskanya..

setiap kali cuti panjang kami sekeluarga akan menghargai detik2 masa ini..

seperti kata "masa itu emas"




mama undur diri..

hiasi diri senyuman dihati





Minat Belajar Dipupuk Pada Usia Awal Kanak-Kanak



Minat belajar dipupuk pada usia awal kanak-kanak



PETALING JAYA 12 April - Mewujudkan asas kukuh untuk kanak-kanak belajar dan membina kemampuan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi menentukan mereka terus menjadi aset kepada negara.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, semua pihak perlu memulakannya dengan membina asas yang betul untuk menjadikan generasi akan datang mempunyai minat mendalam untuk belajar.Menurut beliau, kewajipan membina asas pembelajaran sepanjang hayat tidak hanya dipikul oleh kerajaan malah dikongsi bersama pihak sekolah, keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.


Sehubungan itu, Rosmah memetik kata-kata Mahatma Gandhi, "Hidup seolah-olah kamu akan mati esok dan belajar seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya"."Saya percaya itu adalah falsafah yang betul untuk membina negara yang bersifat intelektual, berbudaya dan bertamadun spiritual," katanya pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2011 Ke-15 anjuran Institut Kajian Strategi dan Kepimpinan (Asli) di sini hari ini.


Rosmah ketika menyampaikan ucaptama 'Memupuk Fikiran Kanak-kanak - Membina Asas Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat' berkata, asas penting untuk pembelajaran sepanjang hayat ialah berkemampuan untuk belajar, meninggalkan tabiat lama, belajar semula serta mempunyai motivasi bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran baru.


Beliau berkata, ia hanya akan tercapai dengan kebolehan membaca, mengira, mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat, mencari maklumat, memberi alasan, menyelesaikan masalah, menguasai bahasa asing, bersemangat keusahawanan dan berminat untuk belajar.Kesemua kemahiran ini ujarnya, mesti dipupuk pada usia awal kanak-kanak.


"Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk berinteraksi dengan alam sekitar, dibenarkan mencari pengetahuan baru dan nilai-nilai berdasarkan pengalaman konkrit supaya mereka dapat membina kemahiran berfikir," ujarnya.


Pembelajaran sepanjang hayat kata Rosmah, amat diperlukan hari ini bagi membolehkan kita mengikuti perkembangan dan perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas.Beliau menambah, pembelajaran sepanjang hayat turut menjadi komponen penting dalam mengatasi dan menyelesaikan isu-isu utama global seperti masalah buta huruf, kesihatan, mengurangkan kemiskinan, masalah sosial, mengekalkan pembangunan dan memartabatkan kuasa wanita.



sumber:


http://permata-media.blogspot.com/2011/04/minat-belajar-dipupuk-pada-usia-awal.html

::Perkembangan Heroku Ahmad Shahmi Part 3::



---> Continue part 3






salam....

mama nk sambung story ttg shahmi yg dh masuk school..
oleh sbb shahmi masuk lambat seminggu dari kawan2 yg lain.. ari pertama shahmi hanya mama dan abah jer..tunggu..,shahmi ditemani mama n abah.. cuma mama half day.. abah yg full day tunggu.. hehehee.. besoknya shahmi masih x sesuai dengan keadaan disitu.. abah tunggu shahmi,mama keja.. baik kan mama..


3 hari jer abah tunggu..,masuk ari ke-4 kt taska..shahmi demam. malam dia mengigau2..badan pun panas sgt+selsema ( terlalu byk menangis barangkali). besoknya,mama pun telefon cikgu kay bgtau shahmi demam.. 2 hari la cuti.. tok kembali menjaga shahmi sepanjang shahmi demam. tok ngan wan pun sunyi bila shahmi dh masuk taska. x der org kt umh..



ptg,blik keja mama trus bawa shahmi ke klinik.. doktor cakap panas dia tinggi sangt.. bahaya..
emmm... demam lgi..

setelah dua hari bercuti sambung sabtu ahad 4 hari laaa...


isnin tu,shahmi pun kembali ke taska.. mama hantar... bgun pagi sendri x payah mama kejut, tok cakap nk mandi.. dia pun ambik tuala pi bilik air.. amboi... berdikari nampak..


semua dh settle..mama pun hantar la kat taska. sampai depan taska.. 3 langkah lagi nk masuk taska.. huahuahuahua... meraung lagi...

mcm tu laa hari2 .. bangun pagi excited nk pi taska.. sampai depan taska.. meraung..

tpi mama tetap tingai jer..mama wat hati kering jer..

sedih tu sapa x sedih.. tpi tuk kebaikan anak mama jugak..ptg mama akan datang ambik anak mama..

tghari mama call teacher kay tnya khabar berita.. semua berjalan lancar..

depan mama ya meraung.. mama x dak.. ok jer..

layan....




mama tahu anak mama suka ke taska tu.. cuma nk mama bersama.. x leh la sayang..mama kerja..




oklah.. tamatlah story shahmi di Taska Permata Negara..
mama harap anak mama akan lebih berdikari disana nanti... bukan mudh nk masuk sini..shahmi antara yang bertuah..mama harap shahmi akan faham nanti...



mama & abah love u muaah...

intan payung mama


mama undur diri.. hiasi diri senyuman dihati

::Perkembangan Ahmad Shahmi Part 2::

continue part 2...



Mama dapat panggilan telefon dari kawan mama.. cik mila dari tuttt..
katanya ada iklan borang untuk masuk taska permata. ada taska permata nk buka..tpi x tau bila akan beroperasi.. mama terus teruja..dan ingin mencuba... hehehe


sok pagi2.. mma trus pi Pejabat SUK.. nak ambik borang.. dapat borang terus isi.. besoknya hantar balik borang tu..manala tau rezeki ahmad shahmi kt situ..

tunggu punya tunggu dah masuk tahun baru..

mama bgtau abah nk postpone hantar shahmi ke taska.. nk tunggu result PERMATA.. 3 hari sebelum 30.3. 2011.. besday anak mama yang kedua...mama dapat panggilan telefon daripada Jabatan Permata Negara.. Anak anda berjaya ke Taska Permata..


yeyyeye...

mama yg over2 gembira... bgtau abah terus.. hehehee... awalnya shahmi dapat hadiah ek.. hadiah dpat masuk sekolah


mama ngan abah pun pi la shoping2 konon,peralatan shahmi nk masuk taska... anak sulung..mak ayah yang over..

dua hari sebelum tarikh pendaftaran...

jeng jeng jeng...


Perlis dilanda banjir kali kedua...

apa nk buat..sekali lagi dapat panggilan yang memberitahu pendaftaran ahmad shahmi ditunda...

akhirnya...seminggu kemudian,bermulalah arena shahmi ke sekolah..

abah n mama ambik cuti untuk hantar shahmi pagi ni.. sbb ada taklimat ibu bapa..

pagi tu shahmi pun cm teruja jer.. rasanya dia ingt mama n abah nk bawa pi jalan2..

x kisahlah...


pendaftaran dh selamat...ada 15 budak semuanya.. teacher 3 orang..shahmi pun cm suka jer taska tu..mau x suka..permainan punya la byk.. bola n binatang kesukaannya pun ada.. sok x tau la apa akan berlaku..


kita sambung lagi citer ni ek...

mama nk buat keja rumah pulak... hehehhehe...



hiasi diri..senyuman dihati..


continue part 3

::Perkembangan Heroku Ahmad Shahmi part 1::

::anak mama yang cute::


ai..salam satu malaysia...

dh lama mama simpan memori ni,nak citer dalam ni..

apa berlaku tahun 2011 dalam hidup anak mama yang sorang ni..

arini mama nk citer ttg perkembangan terbaru shahmi.


shahmi dh masuk taska.. ;-)


mulanya mama plan masuk jer 2 tahun, trus hantar shahmi taska. tujuan nak memberi pendedahan pada shahmi.. nk jugak dia dapat ramai kawan.asyik kawan ngan sepupu perempuan dia yg 3 orang tu jer.. kawan la dengan budak lelaki pula kan.. mama pun bg cadangan kat abah shahmi..

Alhamdullillah,mendapat sokongan padu.. mama tahu,cadangan mama ni,akan memberi impact pada tok n wan.. wan n aki shahmi.. biasala cucu kesayangan.. tok n tokwan diam ja bila mama bgtau.. walaupun cara mengambarkan perasaan mereka.. mama tetap dengan keputusan nk hantar shahmi ke taska.. hehehehe.. wan n aki.. mama serahkan urusan itu pada abah shahmi..


hujung tahun dalam bln 11 dan 12,mama merisik dan mencari taska yang paling dekat,selamat dan macam2 lagi laa.majalah pa&ma menjadi rujukan mama..untuk kebaikan anak mama nti.. pamplet belambak2 mama dpt..abah blik je trus tunjuk.. pi survey pula. abah lebih teliti dari mama.. hehehehe


akhirnya..mama dapat laa satu taska berhampiran tempat keja mama.. abah pun setuju.. tempat tu mcm ok laa.. walaupun hati ckp..sian anak aku nk dok ramai2 dalam satu rumah ni dari pkul 9 hingga 6..

satu petang yang damai.... mama dapat panggilan telefon dari seseorang...


dan..


continue.....


hiasi diri senyuman dihati..

MEI 2011

assalam... berhabuk la blog ni...
masuk jer bulan Mei.. mcm2 aktiviti akan masuk dalam list... emm...
  • HARI PEKERJA
  • HARI IBU
  • HARI GURU
  • HARI WESAK ( mama dpt cuti)
  • HARI LAHIR
emm.. rasanya dh ckup kut...
5 hari yang termasuk dalam bulan mei..
tpi mama sangt suka bulan mei..jadual mama akan padat..
x ckup 24 jam rasanya..

mama nk explain satu2 pun x ckup masa..
nti la mama ada byk masa nti mama cerita.. tpi yg best hari lahir la..
nk tunggu apa hadiah tahun ni...
heeheheheh...

oklah.. mama undur diri dulu
HIASI DIRI SENYUMAN DIHATI...