Shahmi mama...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Aktiviti anak-anak 0-2 tahun



AKTIVITI ANAK-ANAK 0-2 TAHUN



Tips Ketika anak Berusia 0-6 bulan


a) Setiap anak mempunyai karakter dan potensi yang berbeza sehingga semua nasihat dan arahan daripada ibu bapa tidak dapat diterima oleh setiap anak. Perlu diingat bahawa setiap anak memiliki keistimewaan, keunikan dan berbezaan daripada anak-anak lain.



b) Anak-anak dari usia 0 hingga 3 bulan mula menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Anak-anak akan mula menoleh ke arah kanan dan kiri serta mula mengangkat kepada semasa meniarap. Selain daripada itu, anak-anak juga telah dapat bereaksi dengan bunyi loceng dan mula bersuara apabila melihat wajah ibunya dan tersenyum spontan.



c) anak-anak yang berusia sehingga empat bulan sudah dapat menegakkan kepala apabila didudukkan, meniarap dan terlentang kembali dengan sendiri. Anak-anak juga sudah dapat emmegang mainan. Oleh itu, berilah rangsangan dengan memberikan sesuatu di tangan anak-anak. Pada ketika ini anak-anak kan mula tertawa dan memandang tangannya.



d) Anak-anak yang berusia sehingga enam bulan sudah dapat duduk tanpa sokongan serta dapat menggapai. Ketika namanya dipanggil, anak dapat menoleh ke arah suara, anak-anak juga dapat menggapai mainan yang berada dekat dengannya dan memasukkan ke dalam mulut.



e) Anak-anak sehingga usia enam bulan telah mampu menelan makanan tambahan selain susu ibu seperti jus buah, makanan yang dikisar atau bubur yang dikisar. Pastikan anda memulai dengan makanan yang dikisar, kemudian ke tahap makanan yang dilenyek dan seterusnya.



f) Pastikan anak-anak sihat semasa ingin memulakan perjalanan. Ibu juga pasti menyediakan peralatan dan pakaian anak yang mencukupi. Makanan anak sebagai bekalan juga turut disediakan. Sekiranya ibu bapa merencana perjalanan menaiki kereta, buatlah sesuatu untuk menjaga keselesaan anak agar ahli keluarga lain juga turut selesa.



g) Pada usia ini, anak-anak mula bergerak dari tempat tidunya dengan mudah. Dicadangkan agar tidak menyelimuti anak agar anak dapay bergerak dengan selesa. Hal ini juga dapat mengelakkan anak terjaga malam sehingga tidak cukup tidur.



h) Untuk merangsang otot dan fikiran anak, letakkan mainan jauh daripadanya agar anak berusaha menggapai, menjangkau dan memegangnya.



i) Jika anak anda bangun tanpa menangis, biarkan dia bermain sendiri di tempat tidurnya, tidak perlu mendukungnya. Saat yang tenang dan selesa ini memungkinkan anak akan buang air dan tidur dengan sendirinya semula.



j) Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan ingatan anak. Cubalah mendukung anak keluar di waktu pagi. Kemudianboleh juga membawa anak-anak berjalan-jalan melalui jalan yang sama setiap hari. Biasanya anak-anak dapat mengingat jalan-jalan yang pernah dilalui jika dilakukan berulang-ulang.

k) Jika anak mudah berguling, dan meniarap ketika anda memakaikan kepadanya lampin, gantikanlah lampin tersebut ketika anak sedang meniarap. Ikuti gerakan anak, dan elakkan daripada memaksa anak mengikuti gerakan kita.


l) Belailah anak dengan kelembutan tangan anda. Sekali-kali, ciumlah pipi anak anda dan pastikan setiap hari anda menyatakan yang anda menyayangi dan mencintainya.


m) Sebaiknya ibu bapa mengikuti kursus atau program yang dapat membantu maningkatkan pengetahuan ibu bapa dalam mendidik anak.


n) Orang yang paling memahami anak anda adalah anda sendiri. Bukan doktor atau pengasuhnya.



sumber: blog anakku sayang




0 Responses